Sunday, April 28, 2019

BERAPAKAH KOS BAGI HAJI YANG DISEDIAKAN OLEH TABUNG HAJI? (Muassasah)

Seperti yang saya janjikan...jeng jeng jenggg..
soalan yang ramaiii orang tanya


👉🏻BERAPAKAH KOS BAGI HAJI YANG DISEDIAKAN OLEH TABUNG HAJI? (Muassasah)


Mungkin sebelum ni kawan-kawan just dengar-dengarje orang bagitau anggaran kosnya kan?
haa jadi hari ni saya sharekan sebab saya rasa kawan-kawan mesti nak wat tabung dari sekarang.

Betul x?
Ok.


Untuk memudahkan para pembaca yang dikasihi,saya bahagikan kepada 3 bahagian dalam 1 posting ni :

Part 1 : KOS HAJI
Part 2 : KOS LAIN
Part 3 : SOALAN-SOALAN PANASS TENTANG KOS HAJI (ni mesti ramai nak tahu)


Tanpa buang masa jom kita mulakan part 1...
Zassssssss........


==================

Part 1 : 


BERAPAKAH KOS BAGI HAJI YANG DISEDIAKAN OLEH TABUNG HAJI? (Muassasah)


Baiklah.

Sebelum tu saya nak beritahu apa itu "Muassasah"?
Nak senang cite,Muassasah ni adalah pakej haji dibawah tabung haji.Tabung haji yang uruskan kita sepanjang disana.
Klo korang mampu,boleh ambil pakej macam Neelofa tahun lepas.
Memang selesa dan nyaman hajinya.Orang ado-ado tak salah nak ambil pakej ni.Tepuk poket masing-masing.
Muassasah ni kira pakej haji yang paling murahle kat Malaysia ni.Pakej basic.
Faham ya muassasah tu apa?

ok.

Jadi BERAPA HARGANYA....?
Untuk tahun 2018,harganya adalah :
🕋untuk PERTAMA KALI MENGERJAKAN HAJI =
RM19,500
Tabung Haji bagi subsidi =
RM9,570
Jadi jumlah yang kita perlu bayar =
RM19,500 - RM9,570 = RM9,980 sahaja.😊


🕋jika korang pernah pergi haji sebelum ini,korang takkan dapat dah harga diatas.
Harga untuk haji seterusnya ialah :
HAJI KALI KEDUA DAN SETERUSNYA =
RM19,550
Sabsidi =
RM0
Jadi jumlah yang kita perlu bayar =
RM19,500 - RM0 = RM19,500 sahaja.😊


*untuk haji kali ke seterusnya ni,perlu bayar visa bernilai SR 2,000.

Ha amacam...?

Kira okla kan untuk pertama kali pergi kita dapat sabsidi oleh Tabung Haji.Terima kasih kepada Tabung Haji Malaysia.Semoga sabsidi ini terus dapat dinikmati oleh seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia.😊

Tabung Haji akan beri kita :
✔️Tiket Penerbangan pergi balik
✔️Hotel dan penginapan
✔️Makan sepanjang disana (tidak termasuk sarapan kecuali di Arafah & Mina)
✔️Pengangkutan
✔️Beg Haji (2 ketul)
✔️Buku Panduan Haji
✔️Layanan terbaik 👍🏻👍🏻👍🏻

Pakej Neelofa pegi haji berapa...?
Idakle awok tahu.Siapa tahu bolehla komen ya. 




(Kos haji oleh Tabung Haji.Kalau korang bukan warganegara Malaysia tetapi korang Pemastautin Tetap,korang boleh refer jadual sebelah tu.Untuk pemastautin tetap,no subsidi oleh Tabung Haji.)
(Beg tarik yang disediakan oleh Tabung Haji. Ada 1 lagi beg yang untuk disangkut pada badan kita.Jadi maknanya beg pakaian yang besar tu kita kene beli sendirilah ya.)
 (Buku panduan yang disediakan oleh Tabung Haji.Memang lengkap!)

 (Bila kita dah dapat panggilan haji tu memang kita akan kerap ke pejabat Tabung Haji berhampiran.So far Tabung Haji di Ipoh ni memang terbaik.Staffnya alahaii murah betul dengan senyuman.hehe)

==================
Part 2 : 

KOS LAIN YANG BERKAITAN

Selain dari kos diatas,mungkin ada kos lain yang perlu kita belanja juga.Macam saya memang sebolehnya nak cut cost.Mana boleh jimat, kita jimat.Maklumla orang akaun memang kene minimise cost,maximise profit.😆

Ok jadi antara kos yang terlibat ialah :

📕Passport : RM200

📋Visa : RM0 (untuk pertama kali.Haji seterusnya perlu bayar SR2,000)

💉Cucuk haji : FREE (klinik kesihatan kerajaan), RM120 (klinik swasta)

🏩Check up kesihatan : FREE (klinik kesihatan kerajaan),RM130 (klinik swasta)

🐏Dam Haji : RM519 (jika anda memilih Haji Tamattu') <== untuk makluman,ramai jemaah yang memilih haji Tamattu'.Jika anda pilih Haji Ifrad,tak perlu bayar Dam.

🎉Lain-lain : Barang keperluan haji.Yang ni ikut sukaa la nak beli apa.Nak beli telekung 20 helai Rm2 selai ke,nak beli kain ihram ke,kain batik,vitamin ke,sudu ke sambal hijo ke hapa ke.Ikutlah!Terpulang kepada masing2.Macam saya pakai je apa yang ada.Tambah mana yang takda.Tanya poket sendiri berapa ada untuk bajet ni.Apapun berpada-pada.Jangan berlebih-lebih ya.😊

*Info tambahan:
Sesetengah negeri ada mendapat bantuan kewangan haji.Yang saya tahu negeri kelahiran saya yakni Perak tidak ada menyediakan bantuan kewangan.Tetapi somi saya anak Selangor ada mendapat bantuan kewangan haji sebanyak RM500.Bestla dia😏Sape nak bagi kann..?Bolehlah tampung belanja diatas ni.


==================
Part 3 : 


4 SOALAN-SOALAN PANASS TENTANG KOS HAJI (ni mesti ramai nak tahu)


🔥SOALAN 1 🔥:
Adakah harus seseorang menunaikan haji dengan membuat pinjaman bank/perseorangan?
JAWAPAN :
HARUS hukumnya jika diyakini mampu untuk bayar balik hutang tersebut dah tidak menjejaskan kehidupan normal seseorang.
Dengan syarat :
1. pinjaman tersebut TIADA RIBA
2. mempunyai pendapatan lebih untuk sara diri serta orang dalam tanggungan untuk melunaskan hutang
3. pinjaman tersebut diambil atas dasar menyegerakan perintah Allah swt.
...........

🔥SOALAN 2🔥 :
Adakah wajib Haji jika seseorang itu ada banyak rumah yang lebih dari keperluannya sedangkan dia tidak ada wang untuk perbelanjaan haji?
JAWAPAN :
Mengikut Mazhab Syafi'e orang yang sedemikian WAJIB ke atasnya mengerjakan haji.Dia WAJIB menjual rumah yang lebih dari hajatnya untuk perbelanjaan menunaikan fardhu haji.
...........

🔥SOALAN 3🔥 :
Jika seseorang itu ada perniagaan,adakah wajib dia membelanjakan wang perniagaannya untuk Haji?
JAWAPAN :
Mengikut pendapat para fuqaha' mazhab Syafi'e,
WAJIB ia mengeluarkan perbelanjaan Hajinya dari wang perniagaannya sekalipun langkah itu menghabiskan modal perniagaanya.
Mengikut pendapat Ibnu Suraij,TIDAK WAJIB supaya tidak jatuh kepada kemiskinan.

...........

🔥SOALAN 4🔥 :
Antara kahwin dan Haji,mana perlu didahulukan?
Sekiranya keinginan berkahwin itu meningkat dan jika tidak kahwin boleh melakukan zina,maka hendaklah dahulukan perkahwinan.Tetapi sekiranya boleh dikawal,Haji hendaklah didahulukan.Tepuk dada,tanya iman.😊
Wallahualam.


*Soal-jawab diatas adalah berdasarkan kepada Buku Soal Jawab Haji & Umrah keluaran Tabung Haji dan telah mendapat kebenaran dari Kementerian Haji dan Wakaf,Arab Saudi 140/7/6-27.2.1406H.


==================
OK!Cukuplah dahulu sampai takat ini.

Jadi bolehlah kawan-kawan mula menabung dari sekarang.Tekad kuat-kuat dalam hati setiap bulan nak saving berapa.Aim pergi masa muda sebab kita tengah sihat lagi.Plan haji anda.Kalau tak dapat saving,boleh buat loan.

Jangan risau...

Saya banyakkk sangat dengar cerita insan terpilih untuk pergi haji,tapi duit dalam bank 0...!
Rezki Allah nak beri kat dia,ada hamba Allah nak derma seluruh perbelanjaan dia untuk pergi haji.Masyallah.Baik Allahkan?Dia jemput kita bersama jalan yang mudah.Sweet sangat.😊

Yakinlah 100% dengan rezki Allah.
Kita usaha sehabis baik kita.
Apa yang kurang tu biar Allah settlekan.
Semoga info ini bermanfaat ya.


Terima kasih kerana membaca.Jika ada sebarang soalan bolehlah diajukan diruangan komen.
Insyallah saya usahakan untuk balas.:)
 

0 comments:

Post a Comment