Monday, April 29, 2019

MACAMANA CEPATNYA DAPAT PANGGILAN HAJI ?

Seperti yang dijanjikan.......
(agak panjang,tapi tak rugi baca insyallah ☺️)

Ini antara soalan yang paling ramai respon bila mereka dapat tahu saya dan suami sudah mendapat tawaran haji tahun ini iaitu tahun 1438H.

Pakai kabel ke?

Pergi dengan pakej?

Daftar bila?

Ada pergi dengan orang tua ke?



Saya rasa terpanggil untuk menjawap soalan diatas yang saya rasa memang ramai nak tahu kan?
Sebenarnya umur kami taklah muda pun.😅
 
Target nak pegi haji sebenarnya masa umur 30 lagi.Ni dah 3 tahun overtarget.Ha kantoi dah umur kami kan?😆

Kami daftar haji tahun 2007
.Elokje lepas kami kahwin.Kalau ikutkan nama kami akan naik pada 2019 iaitu 2 tahun lagi..bukan lah tahun ini.

Tapi saya cuba nasib je.
Tawakkaltu 'alallah.
Rezki kita Allah yang tentukan kan?
Saya buat surat rayuan.

Nak buat surat ni bukan main hantar je kat Tabung Haji (TH) ya kawan-kawan.
Kene call TH tanya "Dah buka ke untuk submit surat rayuan ya?"

Haa klo dia kata dah,bolehlah kita buat surat dan hantar pada mana-mana opis TH yang berdekatan.Saya hantar surat tu sekeping je.Officer tu cop terima dan dia kata
"OK,nanti kami proses".Simpleje cakap gitukan,kita punya la sepenuh hati berharap nama kita naik.😅


Hari berganti hari...

Saya memang rasa nak sangat jugak-jugaklah pegi haji tahun ni.Saya letak dah dalam Vision Board 2017 (macam dalam gambar dibawah).
Saya tulis situ "PERGI HAJI AUG 2017".Saya buat ni masa awal Januari 2017 dulu.Walaupun saya tahu harapan saya agak tipis saya letak juga.


 (Gambar Vision Board yang saya lakarkan pada awal tahun 2017)



Yela,kalau ikutkan saya xde alasan kukuh untuk diterima rayuan tu.

Selalunya nama senang diterima kalau sakitke,berusiake,ikut parent yang berusia ke......

Tapi saya x de alasan-alasan tu.Dalam surat,saya just kata "SAYA SUDAH BERSEDIA DAN SAYA INGIN PERGI DIWAKTU SAYA MUDA DAN SIHAT".Ituje isi kandungan surat rayuan saya.

Again.

Tawakkal tu alallah.Allahu Al-Musta'an (Allah sebaik-baik penolong).

Jadinya..
Lepas hantar surat tu,setiap minggu saya call TH.

Saya tanya "Nama saya naik tak untuk haji tahun ni ya?"

Jawapan officer TH tu..
"Buat masa ni belum lagi puan.Maaf ya"

Duhhhhh kecewanya rasa hati.😭

Ya Allah tolong jemput aku ya Allah.
Hati aku ni nak sangat ya Allah untuk menjadi tetamuMu ya Allah!

Begitulah tiap kali saya call TH.
Sampailah punya banyak sangat call,orang TH tu kata..
"Puan,puan jangan call dah ya.Puan tunggu je.Jika dapat dalam bulan Ramadhan ni kami call.Lepas Ramadhan kalau xde tu xdelah.Puan cuba tahun depan"
Sob sob.😭

Sedih sebab xleh call dah.
Mesti officer tu pun dh maleh nak layan Nor Syahirah ni.haha.

Tunggu punya tunggu...
10 terakhir Ramadhan saya memang fokus nak doa untuk HAJI jugak.

Mesti Fokus!

Doa doa doa siang malam pagi petang.

Saya yakin Allah Maha Mendengar.

Kawan-kawan.....jika hati dah tetap nak juga pergi haji tahun tu,usahakan bangun malam untuk tahajud ya sebab solat tengah malam ni macam panah yang kene tepat pada sasaran.

Its very powerful!

Sampai ustaz saya penah cakap,kalau kita tak solat malam itu tandanya kita belum betul-betul nak benda tu.Kita nak main-main je.
Kalau serius nak,kene solat malam.Setiap hari.


1 Syawal...
Saya dh down.Frust juga.
Sampai ke raya ni masih tiada call.

Saya dh redha.

Dah cakap kat suami Abie Cool yang saya nak pegi umrahlah sebab haji tak dapat.Suami tak nak pulak pegi umrah.Dia kata dia baru pegi dengan trip Shaklee tahun lepas.

Hmm lagi sedih la hatiku ini.Dahla haji tak dapat,umrah pun tak dapat.


Dipendekkan cerita..


Pada saya,"THE CALL HAJI" saya ini mahal harganya.Sangat mahal.

Saya diuji dengan pelbagai masalah.Banyak sangat sampai saya menjauhkan diri dari ramai orang.Ujian tu memang berat sampai air mata pun kering.Nak nangis pun dah xkeluar dah air mata ni.Tak boleh nak cerita sini apa masalah saya tu.Tapi memang berat.

Saat sukar ini barulah saya tahu siapa kawan sebenar saya.Mereka contact saya tanya khabar saya.Terima kasih sahabat-sahabatku.Kalianlah sahabat dunia akhirat.Ku ingin bertemu dengan kalian nanti di syurga.Kita berpiknik didalam syurga ya.Insyallah!Sayang sangat2😘


Ujian yang Allah datangkan pada saya buatkan saya makin hampir padaNya.

Ya Allah moga ayat saya ni jauhh dari riak dan takabbur.
Saya nak tekankan disini terutama kawan-kawan yang sedang dirundung ujian,BERSABARLAH.Kita ada Allah!

Sampai saya rasa saya tak perlukan apa-apa dah.Allah je yang menjaga saya,Allah je yang pegang hati saya,Allah je matlamat hidup saya.Saya kene kejar redha Allah.Kejar sampai saya rasa manisnya beribadat tu.Itulah Allah kata kan..

"SETIAP UJIAN ITU DIDATANGKAN DENGAN RAHMAT"

Bila ditimpa ujian,perasan tak diri kita makin baik dari sebelumnya?Setuju?
Itulah namanya RAHMAT.
Kasih sayang Allah pilih untuk campak pada kita walaupun ujian tu sukar untuk kita terima.
Berbalik pada cerita panggilan haji tadi.

Saat saya ditimpa musibah,saya mati akal.
Tak tahu apa nak buat.
Jalan hidup saya nampak buntu sangat.
Seolah jalan mati.
Memang tiada lansung pilihan.

Saya dan suami istikarah.Mohon petunjuk pada Allah.Bantulah uruskan kehidupan kami ini yang sudah tunggang-langgang ini.Kami betul-betul keliru..

13 Julai.


Saat kami masih lagi tak tentu hala dengan arah hidup kami,suami dapat call..


"Assalamualaikum.Ini Encik Mohd Nasiruddin ke?Encik Nasiruddin diterima untuk pergi menunaikan haji tahun ini ya.Jika setuju encik boleh pergi ke mana-mana pejabat TH untuk tandatangan surat terima"


HAHH!BETUL KE NI CIK??BETUL KE????
CIK JANGAN MAIN-MAIN!

Betul cik.Kenapa encik nak terima ke tak ni?
EHH!!NAKKK!SAYA TERIMAAAAA!!
Isteri saya dapat tak?

Isteri cik Nor Syahirah ya dapat juga.
ALHAMDULILLAHHHHHHH!YA ALLAH TERIMA KASIH YA ALLAH!

Ya Allah!
The call has come.

Kami terus sujud syukur on the spot sambil nangis-nangis kami dalam sujud tu.
Allah...Alllah..
Engkau datang disaat kami benar-benar buntu.
Engkau tunjukkan kami jalan yang terbaik.
Engkau berikan ujian supaya hati kami betul-betul bersedia untuk menjadi tetamu mu Ya Allah!!
Saat ini kami nampak semua hikmah disebalik segala ujian melanda.


Sahabat....
Setiap orang bukunya berbeza.

Ceritanya lain.
Ini cerita saya.
Mungkin cerita sahabat lebih mudah dari jalan cerita saya ini.
Cepat atau lambat panggilan haji..
sentiasalah bersedia.


Bersedia bagaimana?
Bersedia dengan bersungguh-sungguh merapatkan diri kepada perkara-perkara kebaikan.Apa sahaja yang baik.Perbuatan yang baik.Hatta bisikan hati pun mesti kata yang baik-baik.Bila kita mula buat perkara baik,automatik kita jadi suka beramal ibadat pada Allah.Sampai kita rasa apa kita buat,kita nak redha Allah.Bukan redha manusia.(melainkan isteri,perlu juga cari redha suami.Anak lelaki,perlu juga cari redha mak)

Once kita bersedia,kene TEKAD.

Tekad sungguh-sungguh...

"AKU AKAN PERGI HAJI TAHUN INI JUGA"

Pergi daftar haji di TH.
(masa daftar kene masukkan duit dalam akaun kita Rm1,300/seorang atau kalau ada akaun KWSP boleh terus daftar guna KWSP.Yang KWSP ni kita tak perlu ada cash pun.Cuma dalam akaun KWSP kita tu kene la ada duitnya)

Bila nama nak naik tak kisah.Janji pegi daftar dulu.
Buat surat rayuan tiap-tiap tahun.
Tolak tepi semua alasan.
Tak mampu lagi..
Duit tak cukup lagi..
(ada kes duit dia xde pun dalam TH tapi nama naik.Rezki dia ada orang sedekah untuk dia pegi haji.Masyallah!Penyayangnya Allah!)
Anak sape nak jaga..
Anak nak periksa..
Makayah x sihat..
Kerja macamana..
Cuti banyak kene ambil..


Kene tolak tepi.Selagi kita tak tolak tepi,selagi itulah sebenarnya kita tak ready sepenuhnya.

Percayalah sahabat..
Kalau Allah jemput kita jadi tetamuNya,Allah akan mudahkan segala urusan yg kita duk serabut sangat tu.Percayalah!100% mesti percaya!

Saya bukanlah seorang yang baik dan alim tu lagila jauh.Tapi saya ingin menjadi antara orang-orang yang baik dan bermanfaat untuk orang lain.Itulah sebabnya saya menulis ni dengan panjang lebar kerana saya yakin ramai sahabat diluar sana yang akan dapat sesuatu dari tulisan saya ini.
Anda rasa bermafaat tak perkongsian saya ini?

Moga penulisan ini menjadi dakwah kecil dari saya buat sahabat..
In short,jawapan bagi soalan awal di atas ialah..
R.E.Z.E.K.I 😊

+ niat (daftar tabung haji)
+ usaha (rayu)
+ doa
+ TEKAD

Saya berharap semoga perkongsian ini bermanfaat buat kawan-kawan sekalian dan moga ianya menjadi dakwah kecil buat saya.

😘😘😘

Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus taip kat komen ya.Insyallah saya cuba untuk balas.




0 comments:

Post a Comment