Tuesday, April 30, 2019

"PAKCIK NAK TOLAK JE TAWARAN HAJI NI SEBAB PAKCIK TAKDE DUIT DALAM AKAUN TABUNG HAJI"


Habis tu macamana pakcik boleh ada sini?
Tanya saya.🤔


                                                           (Gambar bersama Pak Cik Awang)

"Adik ipar pakcik cakap kat pakcik - APA BANG LONG TOLAK CEPAT SANGAT.TAK MENCABAR LANSUNGL!!!"

Zasss!!
Bagai tertusuk direct ke hati.
Terus pakcik tu rasa bagai dicabar.

Lelaki kan pantang dicabar.
Pasti disahut!💪🏻


Pakcik yang saya sembang ni kerjanya adalah penoreh getah.
Berapa la sangat incomenya.Dan memang dia rasa sangat mustahil nak kumpul duit dalam masa yang dekat untuk pergi haji.Pakcik ni tinggal di Felda,Sertik.
Memang orang kampung betul.

Dipendekkan cerita.

Disebabkan paneh rasa hati dek dicabar oleh adik ipar tadi,pakcik ni terus ligat fikir.

APA AKU NAK BUAT NAK KUMPUL DUIT NI?

Bagusnya pakcik ni dia tak nak meminta ihsan orang lain dengan meminta-minta duit.Dia tetap nak kumpul duit dengan cara BEKERJA.

Jadi dia dan isterinya berhijrah ke Selangor.
Berniaga lauk pantai timur.(pakcik dan isterinya ni asal Kelantan).
Niat mereka 1 je.
Berniaga hanya untuk cukupkan duit pergi haji.

Ituje.

Maka berniagalah mereka suami isteri.
Di lokasi food truck dekat Bandar Tun Hussien Onn.
(beliau tak de food truck pun.Buka meja je jual lauk)


Agak-agak kome la kan..cukup tak duit pakcik tu nak pergi haji?

Pakcik kene kumpul Rm10,000 dalam masa 6 bulan hanya dengan menjual lauk pada waktu malam sahaja.

Janji Allah kan..kalau Allah dah jemput dan kita memang betul-betul nak sesangat sangat......MEMANG JADI!


Dengan izin Allah,pakcik tu berjaya dapat Rm10,000 dalam masa 6 bulan sahaja hasil titik peluh dan kesungguhan sendiri.😱

Dan nak menarik lagi..

bulan Ramadhan akan datang ni pakcik katanya nak ambil pekerja pulak lagi sebab tak menang tangan nak menjual lauk pauk dekat bazar Ramadhan nanti.
Haaa...dasyatkan kuasa Allah.


Kita berapa tahun dah kerja?
Berapa tahun kita ambil masa untuk kumpul Rm10,000?
Kadang kita rasa sempit sangat hidup ni.Lagi-lagi nak laburkan duit untuk pergi haji.Banyak tu kan Rm10,000?
Baik buat deposit keta ke..beli perabot rumah ke..renovate rumahke..lagi best.

Tapi kita silap.

Sebenarnya kalau kita labur pada jalan Allah,lagi pulak haji ni adalah rukun Islam ke-5 kita,lagilah Allah luaskan dan lapangkan selapang-lapangnya rezeki kita.Percayalah!

Ini antara banyak cerita yang saya sendiri dengar.

Ada lagi cerita lain yang Masyallah hebat.Ternganga saya dengar.Ada masa nanti saya cerita lagi ya.Ada yang sudi baca ke?hehehe😁



0 comments:

Post a Comment