Monday, May 13, 2019

Checklist Lengkap Haji Dan Umrah Untuk Lelaki & Wanita

CHECKLIST BARANGAN UMRAH & HAJI


Tahniah buat yang sudah mendapat tawaran haji!
dan tahniah buat yang akan menunaikan umrah tidak lama lagi!


Jadi..
memandangkan cuti sekolah ni ramai yang pergi menunaikan umrah dan juga atas pertanyaan ramai,saya kongsikan antara barang-barang yang jemaah perlu bawa ketika pergi menunaikan umrah atau haji.

Sekadar panduan sahaja ya.

Mana yang perlu atau mampu,bolehlah bawa.Jika rasa tak perlu,tak perlulah ya.Saya berkongsi atas pengalaman saya sahaja.😊✌🏻

Jika ada tambahan,boleh komen dibawah.
Insyallah saya akan tambahkan disini untuk kemudahan para jemaah semua.

Lets check it out!

  ✔️TELEKUNG.

Jemaah wanita hanya perlu bawa telekung sahaja ya.

✖️Tak perlu bawa kain sebab kita memang takkan pakai kain tu.Buat berat beg je.

Telekung seperti dalam gambar ini adalah TERBAIK.

Menutup dagu.
Ada lapik di bahagian dada telekung.
Di bahagian dahi ada getah.Jadi sukar nampak rambut.

Renda tak renda itu terpulang.Asal kainnya selesa ya.😉

*Credit gambar google.



✔️BAJU PANJANG & SELUAR.

Saya lebih suka berpakaian begini sebab lebih selesa,mudah bergerak dan praktikal daripada kita pakai jubah.

Kalau pakai seluar,kita boleh simpan duit/dompet & handphone dalam poket seluar.Jadi kalau kita pegi kedai ke,takdela kita selak jubah kita nak ambil duit yang duduk dalam poket seluar yang kita pakai dalam jubah tu kan?Tak elok beno ghopenye.Jadi lebih mudah pakai begini.

Baju diatas tu pakai baju kurung pun boleh.Tshirt muslimah pun boleh.Asalkan panjang.

Tapi kalau nak pakai jubah pun tak salah.
Ikut keselesaan masing-masing.😊✌🏻

*Credit gambar google.


✔️KAIN IHRAM LELAKI.

Untuk lelaki perlu bawa kain ihram.
Ada dijual di kedai yang menjual kelengkapan barangan umrah dan haji.
Nak senang pegi Mydin je.Murah 😊







✔️TALI PINGGANG LELAKI.

Pun sama.Boleh didapati di Mydin.
Tali pinggang ni mudah sebab dia besar.
Jadi dapat ikat kain ihram dengan kuat.
Takdelah mudah kain tu terlucut.
Dan tali ni ada poket untuk simpan duit.Mudahlah untuk jemaah lelaki nak letak duit mereka.

Tapi suami saya pakai tali pinggang biasa je.😊
Duit dan handfon dia letak dalam beg sandang yang travel agency tu bagi.Jadi kalau takde tali pinggang ni janganla gelabah pula ya.😉





✔️SELIPAR LELAKI.

Untuk jemaah lelaki,selipar perlulah dipakai seperti gambar diatas ini ketika dalam ihram.

Syarat utamanya :

PERLU NAMPAK SEMUA HUJUNG JARI KAKI.

Bukan semua jari perlu nampak.
Perlu nampak bahagian HUJUNG sahaja dah memadai.







✔️BUKU PANDUAN UMRAH & HAJI DAN CERMIN MATA
(Jangan lupa bawak cermin mata masing-masing ya)

✔️PASSPORT

✔️UBAT-UBATAN
(panadol,ubat selsema,ubat batuk,inhaler untuk yang asma,ubat tahan period untuk wanita dll)

✔️BUKU KESIHATAN (untuk jemaah haji)

✔️VITAMIN DAN SUPPLEMEN
(paling penting sebab disana kita perlukan extra energi & extra kesihatan. Petugas Tabung Haji akan sentiasa remind kita untuk makan supplemen. Saya pilih Shaklee sebab nyata amat amat berkesan untuk saya sepanjang disana)

✔️LIP BALM


 Begini cara saya simpan vitamin-vitamin saya.
Vitamin tersangat lah penting ketika disana sebab kat sana kita mudah mendapat penyakit disebabkan perubahan cuaca,kurang minum air dan orang yang sangat ramai.

Bawa lebih supaya kita boleh kongsi dengan jemaah lain terutama roomate kita supaya diorg pun dapat sihat dan tenaga juga.😊





Tak bolehla rasanya kalau saya tak share pasal ni.Sebab ramai kawan-kawan saya makan mende alah ni.Kesian pulak kalau tak bagitahu.

Saya sanggup hangkut Vivix ni masa haji hari tu.Sampai kering kontangla saya makan.🤣

So far memang rasa badan bertenaga.
Aritu jalan kaki dari Mina ke Mekah dalam 10 kilometer alhamdulillah takdela sengsara sangat rasa.
Kulit muka pun sepanjang duduk sini tak ada sunburn walaupun panas terik kat luar dalam 48C cemtuh.



Kalau ada bajet lebih boleh bawak sekali Vivix Shaklee ni ya. Highly recommended!





✔️ SKINCARE YANG MESRA WUDHU' & TIADA BAU
Disana kita perlu juga untuk cuci muka kita sebab keadaan disana yang tersangat berdebu dan kita pula cepat berpeluh.Sebolehnya bawalah pencuci muka yang TIADA BAU kerana bila kita dalam ihram,kita tak boleh berwangi-wangian. 


Untuk saya, cadangan terbaik adalah YOUTH Skincare.
Sebelum saya ke sana memang puas jugalah mencari skincare dekat farmasi. Bole kata semuanya susah untuk cuci dengan air. Kena pakai make up remover pulak. Lagi-lagi kalau SUNBLOCK.Semua jenis berlilin bila kita pakai.

Tapi tak pada YOUTH ni. Dia waterbased.
Jadi kalau ambil wudhu tu, sekali harung dia keluar. Senang bilas la kata  :)



Saya dah survey 4-5 farmasi jugaklah. Tak ada yang sunblock yang boleh dibasuh dengan air. Semuanya kene pakai remover. Leceh la kan? Tapi Youth Sunscreen ni senang. Basuh dengan air dah hilang. Kene pakai sunblock ya kawan-kawan. Kat sana panas terik. Cahaya matahari kene direct pada kulit kita. Kulit boleh jadi gelap,jeragat dan mudah rosak.






LAIN-LAIN.

✔️Tisu

✔️Cotton Bud

✔️Sewing kit (incase terkoyak apa-apa ke)

✔️CASING HANDPHONE (yang warna biru tu untuk letak handphone dalam tu.Optional je ni)

✔️Yang bulat polkadot tu saya tak tahulah namanya.😅Gunanya untuk letak ais dalam tu dan kita bole dap dap kat badan kita untuk sejukkan badan.Yang ni saya banyak pakai masa haji sebab cuaca yang sangat panas.Sangat membantu!





✔️BOTOL SPRAY WUDHU’
(paling penting!kita takkan ulang alik pegi toilet nak ambil wudhu’ sebab toilet sangat jauh.Dan jika dah keluar masjid,nak masuk balik kadang-kadang askar tak bagi.Kadang-kadangla.Jadi lebih mudah kita pakai botol spray sahaja)

✔️WATERMIST FAN - beli dekat Daiso.
(Untuk haji yang ni sangat penting sebab cuaca panas dan badan kita pula kurang minum air.Jadi nak sejukkan badan kita kene sejukkan kan muka,tapak tangan,kaki kita dengan air)




✔️HANGER
(kalau bilik sharing dengan jemaah lain,harapan amat tipis untuk dapat hanger hotel.Jadi baik bawak sendiri punya)

✔️SEPIT BAJU & SABUN BASUH BAJU
(in case kalau kita nak basuh baju disana,bawa siap sepit baju dan sabun sekali.Kat sana ada jual tapi mahal la juga.Baik bawak dari sini.Kedai RM2 belambak)😉

✔️PLASTIK
(nak letak baju busuk ke...)

✔️CAKUK BENTUK “S”
(yang ni memang perlu terutama bila kita masuk tandas di Arafah dan Mina.Dalam toilet mana ada tempat gantung baju dan tempat sangkut beg ke apa.Jenuh pulak pikir nak letak mana kan?Jadi belila cakuk ni banyak sikit.Bole gantung macam2 dlm toilet tu nanti.Bole beli dekat kedai ECO RM2 atau MR DIY)




✔️PENIMBANG BEG
(Jemaah hanya dibenarkan bawa 1 beg kecil 5kg + 1 beg besar 30kg.Jika lebih kita kene keluarkan barang dalam beg tu.Kan susah.Jadi biasanya saya memang bawa penimbang ni sekali)

✔️MANGGA
(Untuk kunci beg-beg kita)





 ✔️ EXTENSION WIRE & PLUG
(Dekat hotel memangla ada suis.Tapi kalau dah 1 bilik 4 orang dan suis ada 2 je,sanggupke nak tunggu turn cas henpon?awok idak le sanggup.😅Jadi lebih baik bawak sendiri punya pastu ramai-ramai bole cas sekali.Pahala pun dapat ye dak?)



✔️KRIM SERBAGUNA
(Penting sebab kat sana potensi untuk kulit kering dan tumit pecah sangat tinggi.Saya pakai krim Herbal Blend ni.Memang mosit je rasa tumit.Tumit klo pecah sakit woo😅)




 ✔️PEN MARKER & LIQUID PAPER
(Untuk tulis nama atas beg atau selipar.Liquid tu untuk tulis nama atas beg yang gelap warnanya)




 TOILETRIES

✔️Sabun mandi
✔️Shampoo
✔️Berus gigi
✔️Ubat gigi
✔️Pencukur
✔️Pencuci muka
✔️Tuala wanita
✔️Pencangkuk bentuk “S” - untuk gantung

(Saya letak toiletries dalam beg ni.Mudah sangat.Ada jual dekat Kaison.Jadi boleh bawa dalam toilet,gantungkan dia macam ni.Selesai mandi,zip le balik.Takdela terburai segala toiletries kita dan takdela bercampur dengan toiletries roomate yang lain.Beg ni nanti bila kita masuk toilet bole gantung pada CAKUK BENTUK “S” yang saya ada tunjuk pada gambar sebelum ni)







 Inilah rupa begnya.Ada jual dekat Kaison.Kat MR Diy pun ada.I




UNCANG KASUT
UNCANG BATU (untuk haji sahaja )



Uncang kasut kalau tak bawa pun takpe.Dekat luar masjid ada disediakan plastik untuk bungkus kasut.

 ✔️GUNTING KECIL
(untuk tahallul.Kalau tak de gunting jenuh pula nk pegi pinjam dekat jemaah lain.Baik bawak sendiri punya siap-siap)



 ✖️TAK PERLU BAWA KERUSI
(untuk jemaah yang uzur dan perlu solat menggunakan kerusi,anda tak perlulah bawa kerusi dari Malaysia lagi.Sebab kat sana ada banyakkkkkk sangat kerusi disediakan.No worries k!😊




✔️HANDPHONE,CHARGER & POWERBANK
(ni memang pentinglah.Kalau buat haji,powerbank eloklah bawak 2-3 ketul sebab kita amat sukar bertemu suis elektrik semasa haji sedang berlansung)






 ✔️DEBIT KAD AR-RAJHI
(Kalau tak nak bawak cash banyak dari Malaysia,bolehla bawak kad debit Ar-Rajhi ni.Sebelum pergi haji/umrah,pergi je dekat Ar-Rajhi bank dan cakap nak buat kad debit untuk umrah/haj.Kalau tak silap Ar-Rajhi ada pakej khas untuk kad ni.

Kad bank lain tak bolehke???

Boleh.Tapi kene la roaming dulu dekat Malaysia ni sebelum berangkat ke tanah suci.Dannn..tak semua ATM sana dapat “read” kat kita tu.Selain tu ratenye pun tinggi.

Kalau Ar-Rajhi ni,depan je Masjidil Haram tu dah ada ATM dia.Memang mudah dan rate nya tak tinggi sangat.Yang ni saya tak buat pun hari tu.Ada jemaah lain yang beritahu saya.Nyesal pun ada sebab keluar duit dekat ATM lain mmg casnya tinggi.Jadi anda anda semua silalah buat kad Ar-Rajhi ni ya)


Last but not least....

Tukarlah banyak-banyak duit 1 riyal.
Tujuaannya untuk kita sedekah-sedekah dekat cleaner kat sana nanti.
Sekarang ni alhamdulillah lah kerajaan Arab Saudi agak berjaya juga membanteras peminta sedekah jalanan.Yang jenis kalau kita bagi sorang menderu-deru yang lain pun datang.Haa hat ni masa saya pegi baru ni takde dah.

Jadi kalau nak sedekah,bagi dekat cleaner je.Perjalanan pergi dan balik masjid nanti,diorang akan berdiri je tepi jalan kita tu.Jadi alang2 nak ke masjid tu bolehlah kita hulur-hulur.😊




BONUS!!!!

KASUT APA PALING TERBAIK MASA HAJI & UMRAH?

Masa musim haji aritu,rata-rata jemaah memakai kasut jenama Skechers.

Saya boleh kata dalam 60% yang memakai jenama ini.Nak tau sebab apa?

Haa...nanti saya beritahu kat bawah ni.

Bukan dari Malaysia sahaja.
Tapi 1 dunia!
Pakistan..Turki...India...Bangladesh...Algeria...dan lain-lain.
Tua ke muda ke diorang pakai kasut ni.

Memang sedap pakai.
Rasa macam berjalan atas tilam gitu.

Masa haji akan banyakkk sangat jalan kaki.
Kasut adalah aset terpenting masa haji ni.
Kaki sakit akan membantutkan kerja haji kita.

*SEBAB APA RAMAI PAKAI KASUT NI MASA HAJI...?

Sebab masa haji,Skechers akan buat PROMOSI MELAMPAU MURAHHH kepada jemaah haji.

Macam kasut saya ni saya terpaksa beli pada harga 150 riyal sahaja.(dalam Rm170 sahaja!)

Ada yang harga Rm90 pun ada tau.Fengsann.😅
Tapi sebab takde size tak dapatla sis rembat yang itu.huhu~

Jadi kalau korang datang haji nanti,takyah kalut-kalut beli kasut kat Malaysia.Datang Mekah mai merasa beli kasut jenama ni.Insyallah memang sedapje pakai sepanjang melalukan ibadat haji.😊



Jadi...
Ini cara saya packing beg.Saya pakai kampit dobi tu untuk asingkan baju,pakaian dalam & barang lain.Lebih mudah nampak dan tersusunla sikit.😅

So inilah dia antara checklist barangan saya.
Mungkin anda yang membaca ada checklist tambahan bolehlah komen dibawah ya.Moga ianya sedikit sebanyak dapat membantu para tetamu Allah membuat persiapan mereka.

Apa sahaja yang kita bawa,klo boleh bawalah lebih.
Macam ubat,vitamin,strepsils,sabun..
sedekahkan pada jemaah lain yang memerlukan.
Jangan kedekut pula ya sebab disana 1 kebaikan yang kita buat,kita akan dapat 100,000 ganjaran.Nak tak nak je.Mudah sangat Allah nak bagi hadiah.Tak kan x nak rebutkan?😊

Saya harap info ini bermanfaat untuk anda.Ini baru persiapan barang,belum lagi persiapan fizikal,ilmu,mental dan rohani.Semuanya perlu kita fikirkan dan ambil berat.

Dikesempatan ini,saya ucapkan buat mereka yang akan pergi menunaikan agar sentiasa sihat,kuat,bertenaga,beriman,dijaga & dirahmati & dilindungi & disayangi & dimudahkan oleh Allah 24 jam dan moga mendapat umrah/haji mendapat umrah/haji yang mabrur.Aminnnnnn!

Selamat berangkat wahai para tetamu jemputan Allah!!!💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻





0 comments:

Post a Comment